Tuesday, September 29, 2009

Eid Mubaraq




Raya Aidilfitri tahun ini disambut dgn sederhana shj. Pakaian kami banyak recycle aje sbb masih elok dan jarang sekali pakai hanya sekali sekala. Naasih pun ada dah baju melayu dari kenduri kesykuran dia di malaysia haritu :)

Ramadhan kali ini ibu berpuasa sambil pergi study di Amep. Banyak soalan dr non muslims ttg puasa dan kenapa etc. Alhamdulillah ibu mmg sudah bersedia utk menjawab nya. Hopefully mereka dapat men´clear'kan apape prejudis dan pandangan negative towards org Islam :)

Alhamdulillah eid di Australia kali ini khabarnya serentak di semua tempat sebab anak bulan nampak dgn jelasnya mlm sabtu menandakan raya aidilfitri kami jatuh pd hari ahad :) Beberapa hari sebelum itu, seperti biasa akan terdengar pelbagai pendapat ttg bila sepatutnya raya, mana nak ikut etc. Maklumlah jatuhnya raya di Australia bergantung pd tempat.

Siap ada antara penduduk di sini suka suki mengatakan yang if nampak atau tidak anak bulan tetap jugak nak raya ahad sbb?malaysia raya ahad hehe. Tapi kan mmg banyak hikmah yang nampak dr kejadian ini. Kalau nak disatukan hati manusia dgn harta benda atau semua wang yang ada di dunia ini mmg takkan dpt, hanya Allah lah yang memegang hati-hati kita dan dpt menyatukan jika Dia kehendaki. Memang nampak sgt, dalam perbalahan manusia dan pendebatan yg tak sudah2, tahun ini Allah nampakkan dengan jelas lagi anak bulan utk kita umat Islam di Australia bersatu- meraikan eid bersama Alhamdulillah :)

Semoga Ramadhan yang pergi menyucikan hati-hati kita..

Eid Mubaraq from us, Nuaym + Nawwar & Lil Naasih Ihsaan Perth Australia 2009 :)

No comments: